Pada 31 Mei 2022 telah berlangsung satu sesi perkongsian bersama Prof. Gabriel Dima dari University Politehnica Of Bucharest, Romania. Seramai 63 orang pelajar semester 4 dan 5 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menghadiri sesi perkongsian ini. Perjumpaan berlangsung secara bersemuka di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Seberang Perai. Antara intipati sesi perkongsian adalah pengenalan kepada University Politehnica Of Bucharest Romania dan peluang melanjutkan pengajian di University Politehnica Of Bucharest, Romania. Prof. Gabriel Dima juga berkongsi pengalaman beliau menjalankan projek berkaitan kejuruteraan elektronik dan juga komuniti setempat.
top of page
bottom of page
Comments