19 OKTOBER 2022| RABU – Seramai 42 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik merangkumi dari semester 1 hingga 5 menyertai Bengkel Pengacaraan Muda Sesi 1 2022/2023.
Bengkel ini bertujuan memberikan penyediaan pelajar dalam Softskill, iaitu lebih memahami teknik dan kemahiran yang diperlukan dalam mengacarakan sesuatu majlis.
Pada sesi pagi pelajar didedahkan dengan teknik yang berkaitan dengan pengacaraan dan pada sesi petang pertandingan di antara pelajar diadakan.
Di akhir program, pelajar lebih berkeyakinan dan memahami teknik penyediaan skrip dan protokol pengacaraan majlis dengan lebih baik.
Keputusan pemenang untuk bengkel ini ialah:
Pemenang pertama :
-Nurshafika Aqila binti Ahmad Narizan
10DEP20F1023 (DEP5B)
Pemenang kedua :
-Nur Fatihah binti Mohd Asri (DEE3A)
Pemenang ketiga :
-Syed Danial Al-Mashoor bin Syed Omar (DEP4A)
Pemenang keempat :
-Amirul Nurhakim bin Abdul Hamid
Bengkel ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Fahmi Bin Md Yusop, Ketua Kursus Pendidikan Islam & Moral dari Jabatan Pengajian Am.
Comments