Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) merangkumi disiplin kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komputer yang merangkumi asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, peranti semikonduktor dan reka bentuk bantuan komputer sambil menekankan bidang pengkhususan.
​
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi termasuk asas elektrikal dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor dan reka bentuk terbantu komputer disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan.
Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah direkabentuk meliputi pelbagai disiplin yang luas dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik merangkumi Prinsip Elektrik dan Elektronik, Asas komputer dan Pengaturacaraan, Rekabentuk Terbantu Komputer, Peranti Semikonduktor, Sistem Komunikasi, Pemasangan Pendawaian, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik dan Pengawal Logik Boleh Aturcara.