Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Jabatan ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan jalinan kolaborasi erat di antara MPP, Pelajar JKE dan Pensyarah melalui :
1. Menjadi pemudahcara bagi program-program yang dianjurkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
2. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam pelaksanaan setiap aktiviti yang dirancangkan.
3. Menyalurkan segala permasalah dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak jabatan.
4. Mewujudkan kerjasama erat dengan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Seberang Perai.
Pencarian Protege baru perlu dilaksanakan untuk menjadi pelapis kepada Jawatankuasa MPP JKE. Protege adalah merupakan calon-calon di kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang mempunyai bakat dan berminat untuk menyertai MPP JKE. Objektif pencarian ini adalah untuk mencungkil bakat di kalangan pelajar dari segi kepimpinan, bergabung dengan Jawatankuasa MPP JKE sedia ada dan mencari pelapis MPP yang berpotensi dalam pelbagai aspek.
Program Protege ini merangkumi 4 program dan 1 pertandingan, iaitu : 1. Program pertama: merekabentuk poster
2. Program kedua: merekabentuk banner
3. Program keempat: merekabentuk buku program/ aturcara majlis
4. Program kelima: pembikinan video.
5. Pertandingan merekabentuk poster sempena bulan kemerdekaan.
Program pertama: merekabentuk poster
Keputusan Pertandingan Poster
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut: Tempat Pertama
Nama : Nur Afrina Nabila Binti Ahmad Rosdi
No Matriks : 10DEP20F1019
Kelas : DEP3B
Tempat Kedua
Nama : Nur Adibah Binti Wan Abdul Shukor
No Matriks : 10DEE20F1030
Kelas : 3A
Tempat ketiga
Nama : Anis Hazwani Binti Mohammad Shahabuddin
No Matrik : 10 DEP20F2012
Kelas : DEP 2A
Comments