Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah mengadakan satu mesyuarat pembentangan analisis data pencapaian Program Educational Objectives (PEO) bagi program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Politeknik Seberang Perai bersama wakil Alumni dan panel industri. Mesyuarat ini bertujuan untuk memantapkan jalinan kerjasama antara JKE dan industri ke arah melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri. Mesyuarat ini berlangsung selama 4 jam secara dalam talian dengan menggunakan Microsoft Teams. Mesyuarat ini disertai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Jabatan JKE, Ketua-ketua Program JKE, ahli-ahli jawatankuasa mesyuarat, Encik Hasman Hafizal bin Abdul Manap (Wakil Alumni), Encik Mustafa bin Mohd Saad (Panel Industri dari M Seventy Power Solutions) dan Puan Nor Azzahra binti Ibrahim (Panel Industri dari Celcom Network Sdn Bhd). Pembentangan analisis data pencapaian Program Educational Objectives (PEO) dibuat oleh ketua program, iaitu Puan Azura binti Haron @ Makhtar selaku ketua program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) manakala Encik Shaiful Hanif bin Mat Din merupakan ketua program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi).
top of page
bottom of page
Comments