9 NOVEMBER 2022 - Unit Projek Pelajar dan Unit Inovasi dan Pengkomersialan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Seberang Perai telah menganjurkan Pembentangan dan Pertandingan Projek Akhir (PRECOM) Sesi 1 2022:2023 selama dua hari bermula 8 hingga 9 November 2022.
Sesi pada hari pertama adalah hari penilaian projek oleh panel-panel lantikan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah JKE. Seramai 175 pelajar telah membentangkan projek-projek mereka. Untuk sesi pada hari kedua pula adalah pertandingan projek ke peringkat akhir dan penjurian oleh panel-panel jemputan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kolej Komuniti Seberang Jaya, MyIPO dan juga industri.
Antara Panel yang terlibat adalah:
1) Ts. Hj. Husaini Aza bin Mohd Adam - Pengarah KK Seberang Jaya
2) Dr. Nor Aizam bt Muhamed Yusof - Pensyarah JKE, PTSB
3) Ts. Norizah bt Ishak - Pensyarah JKE, PTSB
4) Encik Mahdzir bin Jamiaan - Pensyarah JKE, PTSB
5) Encik Mohd Radhi bin Ahmad - Pengarah MyIPO cawangan Zon Utara
6) En. Kok Kah Seng - Jurutera Penyelenggaraan, KS Engineering dan Service
Selain daripada pertandingan projek akhir, JKE juga menjemput pelajar- pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda untuk CSR Robot. Kaunter MyIPO juga dibuka untuk pertanyaan.
Comments