top of page
Writer's pictureAdmin

Mobility Programme for Certificate and Diploma Level POLYCC


5 orang pelajar Politeknik Seberang Perai antara 15 peserta yang terlibat dalam Program Student Mobility Programme for Certificate and Diploma Level PolyCC (Refrigeration & Air Conditioning Technology & Electrical) MALAYSIA – THAILAND bermula pada 26/9/2022 hingga 29/9/2022 bertempat di Pattani Technical College, Thailand.


Pattani Technical College mempunyai bidang Diploma in Electrical Power serta mempunyai jaringan bersama beberapa industri gergasi di Thailand seperti CP Retailink dan SNC Co. Ltd.


Justeru, dengan kerjasama pelajar akan mendapat pendedahan dan peluang kepada pelajar menimba ilmu dan kemahiran berkaitan teknologi dan peralatan di Thailand bagi bidang yang mereka pelajari. Pengalaman yang diperolehi daripada program ini juga dapat memeberi nilai tambah kepada pelajar kelak.


Institusi lain yang turut terlibat adalah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor.


Hadir mewakili Pengarah PSP semasa sesi pelepasan pelajar adalah Timbalan Pengarah Akademik PSP, Ts. Dr. Zulhadi bin Zakaria Turut hadir, Puan Junainah (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik), Puan Ruhil Nazni (Unit Perhubungan Antarbangsa) dan beberapa pegawai lain.





14 views

Recent Posts

See All

Commenti


bottom of page