top of page
Writer's pictureAdmin

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH SERTA MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI POLITEKNIK SEBERAN

Unit CISEC PSP telah menganjurkan Majlis Penyerahan Watikah Serta Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penasihat Industri di Politeknik Seberang Perai. Objektif utama majlis ini adalah untuk mewujudkan jaringan kerjasama dan kolaborasi yang erat dan saling melengkapi antara PSP dan Industri dengan penyerahan watikah pelantikan. Jabatan Kejuruteraan Elektrik turut terlibat dalam majlis penyerahan watikah serta mesyuarat ini. Panel penasihat industri JKE terdiri daripada Encik Noorazidi Bin Che Azib yang merupakan Deputy Vice-President Operation Technology Strategic Programs dan Encik Rudy Musnadar Bin Mohammad Said yang merupakan Ketua Operasi Kismec Kulim (K2). Majlis bermula dengan penyerahan watikah kemudian diteruskan dengan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Michael Tio dari PKT. Majlis Penyerahan Watikah serta Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penasihat Industri ini diharapkan dapat memantapkan lagi jalinan kerjasama yang padu antara Politeknik Seberang Perai dan industri dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapataan kerja graduan PSP dan seterusnya mencapai KPI JPPKK, iaitu untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri.



Banner majlis



Pengarah menyerahkan watikah pelantikan kepada Encik Noorazidi Bin Che Azib

Deputy Vice-President Operation Technology Strategic Programs Electronics Product Manufacturer


Pengarah menyerahkan watikah pelantikan kepada Encik Rudy Musnadar Bin Mohammad Said, Ketua Operasi Kismec Kulim (K2), Industrial Professional Training Provider.

4 views

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page