top of page
Writer's pictureAdmin

LAWATAN UNIT PEMBANGUNAN EKONOMI, JPM

Pada 27 Mac 2021 yang lalu JKE dengan berbesar hati menerima kunjungan daripada Unit Pembangunan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Tujuan kunjungan mesra ini adalah bagi meninjau beberapa buah institusi yang terlibat dalam usahasama program Internship bersama Syarikat Jabil, Pulau Pinang. Seperti sedia maklum Syarikat Jabil sememangnya telah menjalin hubungan baik dengan Politeknik Seberang Perai sejak sekian lama. Lawatan ini diketuai oleh Ts Zulkefli Bin Ibrahim selaku Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, En Luqman Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan UPE serta beberapa orang lagi daripada UPE dan PSP sendiri. Ramai pelajar lulusan PSP telah diterima bekerja dan menjalani latihan setelah tamat belajar di sana. Semoga dengan usahasama yang terjalin ini akan memberi impak yang positif kepada kedua-dua belah pihak.






6 views

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page